UTUSAN MALAYSIA
BERITA UTAMA
Daripada: ZULKIFLI HAMZAH dan AMIR SARIFUDIN
NADIR AHMAD.
PULAU BAWEAN (Surabaya) 16 Mac - Berkat kerja keras selama 14 tahun semasa merantau di Malaysia, Nadir Ahmad, 62, kini boleh berbangga kerana dapat memiliki tanah lebih 120 hektar di pulau ini.
Nadir membeli tanah tersebut sedikit demi sedikit daripada penduduk kampung atau tanah milik kerajaan setiap kali pulang bercuti, sekurang-kurang empat atau enam bulan sekali.
Setelah bekerja kontrak selama beberapa tahun, saya memilih berniaga pakaian dan barang-barang kemas secara kecil-kecilan. Pakaian dan barang kemas saya beli dari Woodlands, Singapura dan dijual di sekitar Kuala Lumpur.
"Wang itulah saya belikan tanah di Bawean. Kalau orang bertanya saya selalu beritahu tanah-tanah itu saya peroleh hasil bekerja di Malaysia,'' katanya yang mula merantau ke Malaysia pada 1970-an.
Nadir yang memang berasal daripada keluarga berada di Pulau Bawean dan mewarisi lebih 100 hektar lagi tanah daripada orang tuanya, sejak remaja mempunyai semangat berniaga kerana selain bertani, dia menjual haiwan ternakan dan barang kemas di kampungnya.
Seperti masyarakat Bawean lainnya, Nadir mempunyai hubungan rapat dengan Malaysia. Daripada enam adik-beradiknya, dua kini bekerja di Malaysia termasuk seorang yang sudah menjadi warganegara Malaysia.
"Dulu empat adik saya di sana, dua pulang ke Bawean. Dua anak saya juga bekerja di Malaysia sebagai kontraktor dan seorang lagi bekerja di restoran,'' ujarnya yang ditemui di rumah menantunya yang bekerja di Brunei, di Desa Teluk Galam, Sangkapura.
Dia yang menunaikan ibadah haji dua tahun lalu, memutuskan merantau ke Malaysia kerana peluang pekerjaan yang begitu terhad di kampungnya.
"Kalau untuk makan dan minum memang lebih dari cukup. Bawean ini kaya dengan hasil pertanian dan perikanan tetapi kalau mahu lebih dari itu susah dan jalan terbaik ialah merantau,'' katanya.
Di Pulau Bawean, Nadir merupakan antara kelompok awal yang merantau ke Malaysia dan dia juga sering membawa orang kampungnya untuk mencari nafkah di Malaysia atau Singapura.
Alhamdulillah berkat rezeki dari Malaysia saya dapat tambahkan harta,'' katanya yang mempunyai dua buah rumah di Pulau Bawean dan kini sedang mempromosikan batu marmar yang banyak terdapat di pulau tersebut.
Walaupun tahun berganti tetapi katanya, keadaan ekonomi di Pulau Bawean masih seperti dahulu dengan para penduduk masih mengharapkan untuk bekerja di Malaysia bagi mengubah taraf hidup.
Nadir berkata, mengikut rancangannya, dia berharap kedua-dua anaknya pulang ke Bawean untuk membangunkan tanah yang ada tetapi mereka memilih terus tinggal di Malaysia memandangkan jaminan masa depan yang lebih baik.
"Anda lihat apa yang ada di Bawean. Rumah memang nampak mewah tetapi dari segi prasarana dan pembangunan jauh tertinggal. Jangan bandingkan dengan pulau-pulau di Malaysia, di sini masih terlalu banyak yang diperlukan,'' katanya. - Utusan

No comments:
Post a Comment