Singapura : 13 April 2008
JABATAN Belia Persatuan Bawean Singapura (PBS) akan menganjurkan forum bagi membincangkan masalah keterlanjuran remaja pada 1 Mei ini.
Berjudul Anak Kami Telah Terlanjur, forum dari 2 hingga 5 petang itu akan berlangsung di auditorium Masjid Sultan.
Tiga panelis forum tersebut ialah Hajah Hamidah Bahashwan, seorang kaunselor bebas yang tidak asing dalam isu-isu masalah masyarakat; Cik Aini Ma'rof, pengetua Sekolah Menengah First Toa Payoh; dan Haji Faizal Wahyuni, peguam yang juga presiden PBS.
Dalam forum itu, seorang remaja bermasalah juga akan berkongsi pahit getir yang dialaminya.
Pengerusi jabatan PBS itu, Haji Arifin Haji Salleh, berkata: 'Forum ini kami anjurkan kerana remaja terlanjur kini menjadi masalah dalam masyarakat Melayu-Islam dan perlu segera kita tangani untuk mencari huraiannya.
'Oleh itu, forum ini kami buka kepada ibu bapa dan para remaja, iaitu dua komponen penting dalam isu ini.
'Kami juga berharap forum ini dapat membantu meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai masalah anak-anak terlanjur, bagaimana mengelakkannya dan peranan keluarga dalam membimbing anakanak daripada terjerumus ke lembah hina.'
Menurut beliau, forum itu adalah yang terakhir daripada satu siri forum keluarga anjuran PBS.
Dua forum sebelum ini berjudul Tiada Ku Pinta Hidup Begini: Keluhan Ibu Bapa Tunggal dan Mereka Berpisah Kami Gelisah'.
Setiausaha agung kehormat PBS, Haji Morni Sulaiman, pula berkata siri forum tersebut menunjukkan PBS turut menganjurkan kegiatan berkaitan maslahat masyarakat umum dan bukan setakat untuk masyarakat Bawean.
Tamu terhormat forum itu ialah Setiausaha Parlimen (Pembangunan Negara), Dr Mohd Maliki Osman.
Setiap peserta dewasa dikenakan bayaran $10. Pelajar tidak dikenakan tetapi dikehendaki menunjukkan pas sekolah.
Keterangan lanjut dan tiket boleh didapatkan dengan menghubungi Haji Arifin di telefon nombor 9451-7610 atau pejabat PBS, 6344 -- 5738.
ANAK KAMI TELAH TERLANJUR
Tarikh: 1 Mei
Masa: 2 hingga 5 petang
Tempat: Auditorium Masjid Sultan
Panelis:
- Hajah Hamidah Bahashwan, kaunselor
- Cik Aini Ma'rof, pengetua Sekolah Menengah First Toa Payoh
- Haji Faizal Wahyuni, peguam yang juga presiden PBS
Bayaran: $10 seorang bagi dewasa. Percuma bagi pelajar tetapi mereka perlu menunjukkan pas sekolah
Tiket dan keterangan: Haji Arifin (9451-7610) atau pejabat PBS (6344 -- 5738)

No comments:
Post a Comment