

Beliau telah berumah tangga dengan Hajjah Salmiah (Namadju) Haji Bakar dan dikarunai 10 orang anak. Beliau juga telah dilantik menjadi ahli EXCO "General Council of Singapura Maritime Officers' Union" selama 25 tahun dan diberi anugerah Kawan Kesatuan Sekerja. Beliau telah meninggal dunia pada 08.11.2004 (ketika berusia 84 tahun) atas sebab tua/Carcinoma of colon.
Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah membuat wasiat; 4 pesanan, supaya disampaikan kepada lebih kurang 400 keluarga orang-orang Bawean Daun Singapura, 300 keluarga orang-orang Bawean Daun Johor Bahru dan dimerata daerah si Malaysia.
* Mengingat kembali ahli keluarga yang mereka yang datang dari Bawean ke Singapore dan Malaysia untuk mencari rezeki/keperluan mereka hingga bermastautin di keduadua negara ini. Mereka bukan sahaja dikenali sebagai orang-orang yang kuat bekerja bahkan kesatuan/perpaduan bangsa Bawean diakui oleh bangsa-bangsa lain dan pemerintah Singapura dan juga kerajaan Malaysia.
* Mengetahui dan menyebarkan kepada ramai tentang adanya tempat-tempat menarik di Bawean yang boleh dilawati sebagai tempat peranginan, sambil mengertahui negara asal-usul nenek moyang mereka.
* Mengetahui penyebaran sejarah Islam di Nusantara/Bawean yang ditonjolkan oleh mubaligh-mubaligh Islam seperti Wali-Wali Songo. Merka datang ke Bawean untuk mempelajari bahsa dan adat isti'adat orang-orang Bawean serta menyampaikan risalah Islam kepada nenek moyang kita ketika iru beragama Hindu hingga semua orang-orang Bawean menerima risalah Islam itu sebagai agama mereka yang kekal sehingga kini.

"Ingatlah asal usul orang tua kamu yang berusaha payah mencari rezeki demi kesenangan dan kebahagiaan diri kamu. Jangan sekali kamu lupa tanah airmu dan keluargamu di Bawean Daun,"
Allahyarham Nahkoda Haji Masnor Haji Dul Sayedi.
Tulisan ini salinan dari situs baweandaun. Media Bawean Mempublikasikan untuk mengenang Pak Toa Tumpang dan Menyambung silaturrahim dengan keluarga di Singapura. (Kontak 081357084888)
No comments:
Post a Comment