Media Bawean, 23 Mei 2008
PROJEK MATLAMAT
1. TELEMOVIE ( DVD )
dalam bahasa Bawean
Meningkatkan rasa cintakan bahasa dan budaya Bawean di kalangan generasi muda Bawean dan memperkenalkan bahasa dan budaya Bawean kepada masyarakat bukan – Bawean
2. MAJALAH TAHUNAN NUSANTARA
Menerbitkan satu majalah tahunan dalam Bahasa Melayu / Indonesia dan Bawean.
Artikel di hasilkan oleh penulis – penulis Nusantara.
3. PERHIMPUNAN BAWEAN NUSANTARA
Mengeratkan silaturrahim, meningkatkan kerjasama bahasa, social, kebudayaan dan juga ekonomi
4. WISATA KE PULAU BAWEAN
Persatuan Bawean Malaysia dan Persatuan Bawean Singapura - wisata ke Pulau Bawean.
Mengeratkan silaturrahim antara keturunan dan warga Bawean.
5. VCD /DVD KEBUDAYAAN BAWEAN
PBM dan PBS membantu para budayawan Bawean menghasilakn rakaman budaya asli Bawean .
Projek sedemikian dapat membantu generasi muda Bawean di Malaysia dan Singapura untuk mengenali warisan budaya Bawean .
6. CD/DVD/VCD – LAGU-LAGU BAWEAN
Membantu anak-anak muda Pulau Bawean yang berbakat menghasilkan rakaman lagu-lagu Bawean.
7. KERJASAMA EKONOMI SERANTAU
Meneroka peluang pelaburan di Malaysia dan Indonesia untuk manfaat bersama masyarakat Bawean Malaysia,Singapura dan Indonesia.
8. PERTUKARAN BUDAYA SERANTAU
Mengeratkan silaturrahim sambil menikmati budaya keturunan Bawean yang mungkin telah melalui penyesuaian keadaan sekitaran eg. Malaysia, Indonesia,Thailand dll.
9. MENGUMPULKAN SEJARAH PERANTAU BAWEAN
Usaha menumpulkan sejarah Perantau Bawean ke Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam, Australia dan lain- lagi. Matlamat – untuk rujukan generassi mendatang.
10. MEMBANGUN PULAU EKONOMI PULAU BAWEAN
Para perantau Bawean di Singapura,Malaysia dan lain-lain membantu usa meningkatkan ekonomi Pulau Bawean agar penduduk Pulau Bawean dapat menikmati pembangunan saperti yang kecapi oleh penduduk di luar Bawean.
11. LEBARAN BERSAMA DHUAFA DAN ANAK-ANAK YATIM
Satu usaha kebajikan anjuran bersama PBS, PBM dan Ikatan Keluarga Bawean di Pulau Bawean, Batam, Jakarta dan Tanjung Pinang.
Semoga dapat di jadikan statu KENYATAAN .
MORNI BIN SULAIMAN
Kepada:
Toghellen – toghellen
Di Persatuan Bawean Malaysia, Bawean Institute, Gerbang Bawean, Pemuda Bawean Gresik,
Ikatan Keluarga Bawean di Pelbagai Propensi dan Mahasiswa Bawean di Pelabagai Universitas dan lain-lain lagi yang tidak saya ketahui.
Saya ingin memberikan beberapa cadangan peribadi untuk dijadikan renungan bersama.
1 ) TELE-MOVIE BAWEAN ( DVD )
Telemovie ini dalam bahasa Bawean di selang seli dengan bahasa Melayu / Indonesia / inggeris
Matlamat :
Meningkatkan rasa cintakan bahasa dan budaya Bawean
di kalangan generasi muda Bawean dan memperkenalkan bahasa dan budaya Bawean kepada masyarakat bukan – Bawean
Lokasi :
Malaysia, Singapura dan Indonesia
Pelakun :
Malaysia, Singapura dan Indonesia
Bentuk cerita :
Drama komedi dan hiburan
Intipati :
- Berkisar kehidupan keluarga Bawean generasi pertama,kedua dan ketiga di Malaysia, Singapura dan Tanjung Pinang, Pulau Bangka dan Pulau Jawa (luar Pulau Bawean ) dan pencapaian mereka
- Kemuncak cerita – satu pertemuan keluarga di Pulau Bawean dengan hiburan budaya asli Bawean
Daya tarikan :
- Tempat – tempat menarik di Malaysia, Singapura dan I Indonesia ( termasuk Pulau Bawean).
- Persembahan Budaya dan lagu-lagu Bahasa Bawean
Dana Produksi :
Usahasama Masyarakat dan Pertubohan Bawean di Malaysia Singapura dan Indonesia dan tajaan badan korporat dan pemerintah.
Hasil :
- Sebahagian dari keuntungan penjualan telemovie akan di salurkan untuk satu Yayasan Pembangunan Ekonomi Pulau Bawean.
Sasaran Pasaran
- Masyarakat Bawean di Malaysia , Singapura dan Indonesia (Jakarta, Malang, Surabaya , Gresik, Batam, Tanjung Pinang, Bangka, Pulau Bawean dan lain-lain kota)
2 ) PERHIMPUNAN BAWEAN NUSANTARA
Pada 21 Disember 2007, Hj. Salleh Ahmad ( Timbalan Presiden II PBS )
Hj. Arifin (Naib Setiausaha) dan saya sendiri berpeluang bertemu dengan Pengurus Bawean Institute (BI) di Jakarta.
Salah satu rancangan yang telah kami ketengahkan ialah satu Perhimpunan yang melibatkan organisasi dan masyarakat Bawean dari Malaysia, Singapura dan Indonesia .
Matlamat :
Mengeratkan silaturrahim, meningkatkan kerjasama bahasa, social, kebudayaan dan juga ekonomi
Tempat : Batam , Indonesia
Acara : Forum / Seminar / Diskusi
Persembahan budaya : Penjualan hasil makanan dan seni masyarakat Bawean dan bukan Bawean Persembahan budaya
3 ) MAJALAH TAHUNAN
Menerbitkan satu majalah tahuan dalam Bahasa Melayu / Indonesia dan Bawean .
Penerbitan di usahakan bersama – Malaysia, Singapura dan Indonesia
Percitakan di usahakan di Indonesia untuk mengurangkan kos
Artikel di hasilkan oleh penulis – penulis Nusantara.
4 ) LEBARAN BERSAMA DHUAFA dan ANAK – ANAK YATIM
Suatu projek kebajikan yang di anjurkan bersama oleh Persatuan Bawean Malaysia, Persatuan Bawean Singapura dan Ikatan keluarga Bawean di Pulau Bawean, Jakarta, Batam dan Tanjung Pinang.
Peserta Dhuafa dan Anak – anak yatim tidak terhad kepada keturunan Bawean sahaja.
Matlamat
- Menceriakan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik.
- Menjalankan kewajipan hablum minannas sebagai menginsafi Nikmat Allah SWT. yang telah diberikan kepasa kita semua.
Semoga saranan –saranan yang saya utarakan, dapat dipertimbangkan dan diterjemahkan menjadi suatu kenyataan.
Odhik Phebian .
Wassalam.
Morni Bin Sulaiman
24 Mei 2008
No comments:
Post a Comment