Media Bawean, 11 Mei 2008
Sumber : http://alhusseyn51.blogspot.com/

Bangunan usang ini masih ada di Jalan Datoh, Ipoh.Dulunya merupakan penempatan bagi orang-orang Bawean di bandar Ipoh.Dikenali sebagai Ponthuk Paloh.Kini sudah dijadikan bengkel membuat kusyen kereta oleh pegusaha keturunan Cina.
Saya masih ingat pengalaman kehidupan disebuah pondok atau disebut ‘ponthuk’ di Ipoh disekitar awal 50-an dahulu.Ada dua ponthuk di Ipoh ketika itu.Satunya berada dibandar beralamat di 15, Jalan Datuh , Ipoh dan lebih dikenali sebagai ‘Ponthuk Paloh’ (PP). Manakala yang satu lagi berada dipinggir bandar dikenali sebagai ‘Ponthuk Batu Tiga’(PBT)

Bekas tapak bangunan Ponthuk Batu Tiga yang kini membangun pesat di Medan Gopeng sekarang
Nama ‘Ponthuk Batu Tiga’ ini menunjukan jarak jauhnya tempat tersebut adalah 3 batu dari pusat bandar Ipoh ketika itu. Lebih ramai penghuninya disitu berbanding dengan PP. Tetapi PBT ini sudah tiada lagi sekarang ini dan tempatnya pun sudah berbeza jauh sama sekali dan sudah sangat maju. Tempatnya kini di kenali sebagai Medan Gopeng dan merupakan antara pusat kegiatan ekonomi yang pesat maju di Bandaraya Ipoh kerana adanya terminal Bas Ekspress disitu.
Saya tinggal di PP tetapi agak kerap juga ke PBT kerana arwah Paman Sakyin (asal Kalumpang Ghobuk) saya menetap disitu.Tambang bas pun tak kalarangan hanya 10sen atau sakopang/ saketeng? sahaja ketika itu. Amat seronok sekali ketika itu bila mana menaiki bas. Ketika itu mana ada kes penculikan seperti hari ini.Kanak-kanak ramai yang menjadi mangsa penculikan dan sekarang, perkara ini sangat membimbangkan para ibu bapa yang punya anak kecil.

Nun dihijung merupakan bangunan Mesjid Paloh.Ipoh hanya mempunyai dua buah mesjid ketika itu.Yang lagi satu ialah Masjid Datuk Panglima Kinta atau juga dikenali sebagai Masjid Tengah
Setiap kali saya melintasi PP , nostalgia kehidupan disitu pastinya menerjah kembali. Bagaimana kami masyarakat Bawean boleh hidup aman damai berkelompok dalam satu bangunan rumah kecil seperti itu?
Saya masih ingat dibahagian atas rumah tersebut ada tiga bilik untuk menempatkan 3 keluarga , manakala , disatu ruang tamu yang terbuka pula menempatkan 4 keluarga. Ada lagi 2 keluarga dibahagian belakang dan ada 2 bilik dibawah bagi menempatkan 2 lagi keluarga.
Cuba bayangkan , ada sebelas keluarga dalam satu rumah! Kami yang tidak punya bilik , berada diruang terbuka hanya dipisahkan dengan kelambu katil masing-masing. Anak-anak kecil seperti saya ketika itu sama bergelimpangan dianjung.Selain itu, di situlah tempat kami a-kejek-kejek , sembahyang berjemaah dan ngaci kor’an. Abang –abang yang lebih dewas tidur dibawah – ada ambin besar disitu.

Asmuni Awi,antara anak Bawean generasi pertama sedang bersama Datuk Seri Nizar , Menteri Besar Perak. Asmuni merupakan seorang peguam yang berjaya dan merupakan Naib Pesuruhjaya PAS Perak merangkap Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Perak sewaktu PRU-12 lalu.
Masyarakat Bawean terkenal teguh pakatannya tatkala itu.Mereka sangat mementingkan ukhwah dikalangan mereka. Tetapi mereka kurang bergaul dengan masyarakat Melayu tempatan. Mereka lebih senang berjemaah sesama sendiri di ponthuk daripada pergi ke masjid yang sangat berdekatan yang hanya 30 ela jaraknya. Keadaan begini saya lihat masih lagi berlaku dalam masyarakat Bawean dimana-mana di Malaysia ini.
Oleh kerana terkenal dengan pakatan ukhwahnya, masyarakat luar agak gerun dengan orang Bawean. Saya lihat peringkat abang-abang saya sering keluar kemana-mana berkumpulan. Ramai juga bilangan mereka. Biasanya setiap malam minggu, abang-abang dari PBT berbasikal ke PP ; dan abang-abang di PP akan menunggu kedatangan mereka sebelum sama-sama keluar ketempat keramaian yang dikenali ‘Pasar Minggu’
Pasar Minggu ini tidak berapa jauh dari PP; lebih kurang 150 meter jaraknya.Tidak sama seperti pasar malam hari ini yang dipenuhi dengan jualan pelbagai juadah makanan dan sebagainya. Masa dulu, ada pertunjukan pentas drama 'bangsawan' dan muzik nyanyi-nyanyian. Begitulah caranya dulu-dulu berhibur.Kumpulan abang-abang ini digeruni orang sebab kalau alaben tak pernah gentar. Lagi pun mereka ini ramai , gajah pun boleh mati kalau dikeroyok oleh mereka!
Saya yang ketika hingusan lagi itu, memang tidak mesra dengan orang yang diluar ponthuk. Kalau ada anak Melayu melintas didepan ponthuk, maka kami akan sama-sama mengejek. Mereka juga membalas ejekan kami. Tapi tak pernah bertumbuk ; hanya jerit-jeritan macam anak patek menyalak antara satu dan lain.
Nak tergelak juga bila teringatkannya kembali.Kami akan jerit mengejek-ejek dengan berkata : ‘Melayu makan belacan!’ diulang-ulang sementara mereka pulak kata ‘Boyan makan katak!’ Mungkin ketika itu orang Bawean tidak berapa senang dengan bau belacan. Tapi bagaimana pula mereka meluncurkan kata ‘Boyan makan katak?’ padahal tiada spesis Bawean dalam dunia ini yang pernah makan katak. Mungkin mereka sangka orang Bawean ini sejenis kaum dayak seperti di Irian Barat sana!
Terlanjur menyebut kaum dayak ini, saya teringat beberapa kawan Bawean saya yang sangat marah terhadap sepanduk yang dipasang oleh PBM sewaktu PRU -13 yang lalu. Pertama sekali yang mereka marahkan kerana adanya perkataan ‘SUKU KAUM’.
Mereka terasa terhina sekali dengan ungkapan itu. Maka adalah seorang yang kuat menyokong PBM dengan tindakan menaikan sepanduk tersebut dengan lucunya memadamkan perkataan tersebut pada sepanduk yang di pasang di pagar rumahnya.

Apa suku kaum? Marah mengaum orang-orang muda Bawean di Ipoh menyebabkan poster diatas ini dipadamkan perkataan 'SUKU' tersebut.Orang yang kononnya ngaku sebagai orang kuat Persatuan Bawean Perak ini pernah mengeluarkan cek tendang untuk derma kepada persatuan; bukan banyak nilainya - cuma RM5.00 sahaja! buat malu kaum satu Malaysia!
Lalu saya curi-curi menconteng diatas tempat yang dipadam dengan cat hitam itu dengan menuliskan ¾ . Lucu sekali , orang itu terus menanggalkan sepanduk tersebut. Ada hampir 15 sepanduk seumpama itu disekitar kampung saya.Apabila saya menyatakan protes saya terhadap pemasangan sepanduk yang melibatkan masyarakat Bawean secara keseluruhannya ( orang berkenaan pangkat anak saudara kepada saya ) dia dengan megah menyatakan kepada saya ada ‘50’ lagi sepanduk macam itu yang belum dipasang!Lebih banyak sepanduk dari kaumnya; fikir saya!
Saya pun mencipta sepanduk untuk melawan balas sepanduk mereka dengan tajuk menyindir gulungan tersebut dengan tajuk : ‘Gulungan Intelek Bawean Menyokong PAS’. Mereka tidak a-kasaan karena memang benar sungguh kenyataan tersebut. Kawan-kawan Bawean ramai yang setuju dengan tindakan saya dan memihak kepada saya.
Saya protes kepada pihak berwajib yang memantau tatacara pilihanraya.Makanya, diperintahkan supaya semua sepanduk yang demikian diturunkan segera. Namun pihak mereka degil dan melambat-lambatkan melaksanakan arahan pihak berwajib lalu saya bertindak sendiri ; kini ada dalam simpanan saya 12 sepanduk yang kini saya jadikan sebagai lapik-lapik meja panjang.
Apakah masyarakat Bawean di Ipoh berpecah , ikuti tulisan saya nanti , insya’ Allah.

No comments:
Post a Comment