Media Bawean, 7 Pebruari 2008
Oleh : Paman Malaysia
Masyarakat Bawean di Pulau Bawean hendaklah menubuhkan “Tabung Pendidikan Bawean” yang bertanggung jawab memberikan dana bantuan dan membiayai kos sara hidup dan kos pengajian mahasiswa mahasiswa dan para santri yang kurang kemampuannya.
Oleh : Paman Malaysia
Masyarakat Bawean di Pulau Bawean hendaklah menubuhkan “Tabung Pendidikan Bawean” yang bertanggung jawab memberikan dana bantuan dan membiayai kos sara hidup dan kos pengajian mahasiswa mahasiswa dan para santri yang kurang kemampuannya.
Satu badan sektariat hendaklah di tubuhkan bagi menguruskan Tabung Pendidikan bawean.Badan sektariat yang ditubuhkan bisa mendapatkan derma (donate) melalui warga bawean yang tinggal di pulau bawean di kalangan para pengusaha yang telah berjaya dan saudagar kaya untuk mengisi dana Tabung.
Sekiranya syarikat P.T. Niaga Permodalan Nasioanal Bawean telah ditubuhkan, syarikat ini juga bisa memberikan dananya untuk di isi di tabung pendidikan bawean.
Pihak sektariat haruslah merangka satu kertas kerja “work paper” untuk di majukan kepada TKI bawean dan warga bawean yang berada di luar negeri bagi mendapatkan derma (donate) bagi mengisi tabung pendidikan bawean bagi membantu anak anak bawean yang kuliah di universitas dan juga di Pesantren dan juga di sekolah sekolah. Hasil daripada penelitian saya, selama ini sekiranya ada apa apa kebutuhan di pulau bawean, masyarakat bawean di luar negeri akan memberikan dana tanpa mempersoalkannya.
Contohnya baru baru ini Masyarakat Tampo di Pudakit barat Bawean telah bermesyuarat memutuskan setiap ahli keluarga Tampo di K.Lumpur supaya menderma RM 50 = (Rp. 130,000.00) (setiap keluarga yang punya rumah di Tampo) untuk memperbaiki sistem pengaliran Air keperluan seharian di Tampo…Nah ngak sampei sebulan sudah bisa mendapatkan dana hampir 20 juta rupiah.
Saya sudah servei, sekiranya pihak sektariat “Tabung pendidikan bawean” yang akan bermesyuarat mahukan setiap warga bawean yang berada di luar negeri menyumbang RM 50 per orang untuk tabung ini, mereka berkata, “ngak ada masalah bang eman”…asalkan saja ianya bener dan diurus dengan baik dan bisa dinikmati oleh semua anak2 bawean yang kurang mampu”. Nah…apalagie bos….!!!
Ayuh tubuhkan sektariat bagi menaja penubuhan “Tabung pendidikan bawean”…..hantarkan kepada saya surat izin memohon derma…..yang dipersetujui oleh pemerintah setempat…pasti saya akan bantuin untuk dimajukan ke masyarakat bawean di Malaysia bagi mendapatkan dermanya……. Bantuan sara hidup ini nantinya seharusnya diberikan kepada anak anak bawean yang kurang mampu yang sedang ato akan kuliah di universitas dan di pesantren dan juga sekolah sekolah di bawean.Pihak sektariat bisa aja menamakan bantuan ini sebagai biasiswa ato pinjaman pendidikan.Kalo biasiswa diberikan secara gratis dan kalo pinjaman pendidikan maka si mahasiswa yang menerima dikehendaki membayar balik pinjaman ini se usai mereka kuliah dan telah bekerja.mungkin kali nanti di kehendaki membayar balik pinjaman itu secara keseluruhannya ato sebahagiannya sahaja.
Mungkin nanti kalo keputusan sarjananya sangat baik pinjaman pendidikan bisa menjadi gratis juga. Pihak sektariat bisa mengolah peraturan dan syarat2 bagi para mahasiswa dan para santri ato para pelajar sekolah untuk mendapatkan biasiswa ato pinjaman pendidikan daripada tabung pendidikan bawean bagi mebiayai pengajian mereka di universitas dalam dan luar negeri juga di pesantren pesantren dan juga di sekolah sekolah.
Bayangkanlah bos ada lebih kurang diantra 120,000 hingga 150,000 jiwa orang orang bawean di malaysia dan di antara 80,000 hingga 100,000 jiwa orang bawean di singapura belum di lain lain negara.Kalo semuanya bermurah hati menyumbang dana kepada tabung pendidikan bawean RM 50.00 per orang…berapa besar nanti yang bisa dikumpulkan oleh Tabung itu.
Makanya nanti semua anak2 anak bawean bisa mendapatkan pendidikan di tahap yang terbaik sekali. Akhir sekali…semuanya bergantung kepada anda juga………!!! ayuh bos. komentarnya....berikan komentar yang membina ya....!!! to be continue........ BAGAIMANA CARA MAHU MENUBUHKAN TABUNG PENDIDIKAN BAWEAN (TPB) @ BAWEAN EDUCATION FUND MENJADI SEBUAH ORGANISASI NGO (NON GOVERNMENT ORGANATION) DI BAWEAN.
Mukadimmah Bismillahhirohman-nirrohhim.Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana TPB pada dasarnya sudah dipersetujui oleh BSF (Boyan Student Family) cabang JEMBER, di bawah kepimpinan YDH Saudara Muhammad Zia Ul-Haq.Ini adalah satu tanda titik permulaan ke arah penubuhan Tabung Pendidikan Bawean (TPB) @ Bawean Education Fund.
BSF mestilah berusaha untuk memberikan penerangan secara detail dan mendapatkan persetujuan dan sokongan (dorongan) daripada semua Ahli PMB - BSF (atau dengan nama lain) di semua Universitas di Indonesia supaya bersama sama mendapat kesepakatan dan bersama sama mencari jalan dan idea supaya TPB dapat di tubuhkan. Seisi penerangan TPB di Bawean Setelah semua PMB - BSF daripada semua Universitas telah mempersetujui penubuhan TPB, maka setiap BSF akan menghantar wakil wakil mereka untuk berjumpa dengan semua Kepala Desa dan Pak Camat di Bawean bagi menerangkan kepada mereka secara detail akan hasrat BSF untuk menubuhkan TPB.
Semua Kepala Desa dan Kepala Dusun pula akan memberikan penerangan mengenai TPB dan hala tujunya kepada semua Warga Bawean.
TPB harus dipromosikan kepada semua warga bawean dan mereka hendaklah diberikan penerangan dan diberi kesedaran secara detail betapa pentingnya TPB demi untuk masa depan dan kebaikan anak anak bawean.
Warga bawean juga hendaklah diberi penerangan bahawa TPB akan memberikan bantuan pendidikan kepada semua mahasiswa yang kurang mampu dan akan diperpanjangkan kepada semua pelajar pesantren dan pelajar sekolah yang kurang mampu. Menaja penubuhan TPB Apabila semua wakil BSF, Kepala Desa (bersama kepala dusun) dan Pak Camat telah mendapat persetujuan untuk bersama sama menubuhkan TPB, maka satu jawatankuasa penaja yang bertanggung jawab bagi menubuhkan TPB hendaklah di wujudkan.
Jawatan kuasa penaja penubuhan TPB bertanggung jawab merangka satu undang undang khusus mengenai TPB, dari segi VISI, MISI, OBJEKTIF, HUKUM, SASARAN DAN HALA TUJUNYA.
TPB mestilah ditubuhkan menjadi sebuah badan bukan kerajaan (non government organation) dengan mempunyai undang undangnya sendiri secara legal dan sah di sisi hukum dan undang undang Indonesia.Setelah ditubuhkan TPB akan mempunyai CEO (Chief Eksekutif Officer) dan Ahli Lembaga Jawatan Kuasa Pengurusannya sendiri yang akan menguruskan TPB secara sukarela.
Mereka hendaklah di pilih daripada kalangan orang orang yang sangat sangat boleh di percayai.Mereka mestilah mempunyai sifat sifat SIDDIQ, AMANAH, TABLIGH DAN FATONAH.Ini kerana TPB adalah melibatkan wang bagi kepentingan semua warga bawean.
Sebaik sudah ditubuhkan, TPB hendaklah meminta jasa baik daripada Pak Camat atau pihak berwenang di bawean supaya dapat menyediakan satu pejabat untuk operasi harian TPB.TPB mestilah membuka satu Akaun Bank di Bawean.
Dasar pinjaman atau biasisiwa yang akan diberikan oleh TPB kepada para mahasiswa, santri pesantren dan pelajar pelajar sekolah SD, SMP dan SMA yang kurang kemampuannya dan perlukan bantuan adalah mengikut syarat syarat, undang undang, peraturan dan hukum yang telah ditetapkan oleh Ahli Lembaga dan Jawatan Kuasa Pengurusan TPB. Bagaimana Dana TPB dapat dikutip dan siapa sasarannya (target) TPB bolehlah mencari penderma pertama untuk TPB dengan sasaran pertamanya adalah warga bawean itu sendiri.
Wakil wakil daripada TPB boleh mengutip derma secara langsung atau melalui surat rasmi dari TPB untuk mengutip derma daripada orang perorangan di bawean.Kutipan juga hendaklah disasarkan kepada golongan peniaga peniaga, usahawan, pemilik pemilik Toko, pemilik perusahaan, P.T. pembajak kapal penumpang dan kapal barang, peniaga kecil di pasar pasar, pemilik kedai makan,Bank bank, penggadaian, pemilik kedai emas, pengusaha batu onex dan sebagainya.Adalah perlu TPB dipromosikan keseluruh bawean dan diberikan penerangan secara detail.Pada peringkat permulaan kalau boleh sumbangan derma ini untuk dana TPB hendaklah diberikan setiap bulan sehingga dana TPB menjadi kukuh dan utuh.
Biarlah derma itu sedikit tetapi tetap setiap bulan.Wakil wakil TPB bolehlah juga membuat kutipan daripada rumah ke rumah dan Toko ke toko di setiap desa di seluruh pelosok bawean. Satu surat rasmi daripada TPB hendaklah dihantar ke Pejabat Bupati Gresik, supaya bisa memberikan dana khas untuk TPB.Mengikut sumber yang boleh dipercayai peruntukkan daripada Pemerintah Kabupaten Gresik untuk Bawean setiap bulan adalah sekitar Rp. 6 Milliar.
TPB boleh meminta dana itu ditambah untuknya atau meminta sebahagian daripada dana Peruntukkan Pulau Bawean untuk dimasukkan ke TPB. Untuk jangka masa panjang, wakil TPB hendaklah meletakkan Tabung Derma Statiknya (peti derma 24 jam) di seluruh Sangkapura, Tambak dan desa desanya, terutama di pasar pasar, disetiap Toko Toko , Kedai Makan, Bank, Pejabat Pos, Masjid Masjid, Pejabat Telkom, Warnet, Wartel, di gedung perniagaan, di dewan pelabuhan, di Hotel Putra Bawean dan sebagainya.
Sebelum meletakkan tabung derma static disitu, wakil TPB mestilah mendapat persetujuan pemilik penempatan itu dahulu dan mereka insya allah akan memberikan sokongan dan dorongan dengan niat murni TPB ini.Tabung derma static itu akan dikutip setiap hujung bulan dan dibiarkan dipenempatan ini setiap hari agar semua warga bawean bisa menderma.
Contohnya kalau di kedai makan, pelanggan sebaik usai membayar makan dan mempunyai wang sisa yang sedikit pasti akan memasukkannya ke tabung derma static TPB yang diletakkan di kaunter kedai makan itu.begitu juga kalau diletakkan di pejabat pos, kantor Telkom, pokoknya di tempat tempat yang sering dikunjungi orang bawean.Setiap warga pasti akan nampak tabung derma TPB itu dan akan memasukkan sisa bayarannya di situ.walaupun sedikit tetapi kalau tabung derma itu diletakkan di seluruh bawean setiap hari dan hanya di kutip setiap hujung bulan jumlahnya akan menjadi banyak akhirnya.Sedikit sedikit lama lama menjadi bukit.Biarlah kita bermula di situ.
Adalah sangat penting semangat (spirit) wakil wakil TPB untuk bersedia berusaha menjadi seperti lilin membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain.
Insya allah pekerjaan kita ini akan mendapat rahmat yang besar daripada Allah s.w.t dan dapat membantu memajukan pendidikan anak anak bawean ke hadapan supaya mereka dapat menjadi orang yang berguna dan berjasa demi untuk kebaikan warga bawean juga. Setiausaha TPB, bolehlah menulis surat memohon derma kepada pihak VVIP, Ahli DPR Gresik, Ahli Politik, Gabenor JATIM, Menteri, Saudagar kaya dan Usahawan Berjaya serta Para Dermawan di seluruh Indonesia supaya menderma ke TPB.Wakil TPB juga bolehlah meminta derma secara langsung daripada kantor ke kantor di seluruh Indonesia.
TPB juga bolehlah setelah mendapat persetujuan pemilik penempatan untuk meletakkan tabung derma static di permis mereka seperti di KFC atau Mc Donald, Gedung Gedung dan Mall serta Masjid masjid dan akan di kutip juga setiap hujung bulan.Kalau kita mahu beramal elakkan daripada diri kita merasa malu malu.Ingatlah ganjaran besar akan diperolehi daripada allah s.w.t. Ini kerana TPB adalah satu jalan “fis sabillillah”.
Malahan kalau kita berada di dalam kapal penumpang juga kita bisa mengutip derma untuk TPB, begitu juga semasa di pelabuhan di Gresik.Mohonlah kebenaran AdPel. Gresik agar satu tabung derma static TPB bisa diletakkan di dewan menunggu di Pel. Gresik.
Tabung derma static TPB juga bisa diletakkan di penempatan orang orang bawean di Gresik malahan di Hotel Putra Jaya ataupun diletakkan di Lobby Dewan DPR cabang Gresik supaya dapat membuka mata mereka. Apabila TPB sudah mempunyai dana yang agak besar TPB bolehlah membuka Toko perniagaannya sendiri untuk jangka masa panjang.
Ini kerana kita tidak mahu TPB terus bergantung harap terhadap kutipan derma sahaja.TPB harus Mandiri.
Kutipan derma tetap diteruskan disamping TPB menjalankan perniagaannya sendiri.
contohnya TPB akan membuka Warnet atau Wartel di Sangkapura dan juga di Tambak bawean atau membuka Toko cenderamata untuk Tourist di Pelabuhan Sangkapura dan lain lain perniagaan yang bisa maju beroleh keuntungan dan berdaya saing demi untuk kebaikan TPB.
Warga Bawean akan tahu sekiranya mereka membeli di Toko kepunyaan TPB secara tidak langsung mereka juga telah membantu TPB.TPB juga bisa membuka sebuah warung “Karaoke” di Sangkapura atau di Tambak yang pastinya akan mendapat sambutan hebat daripada warga bawean yang bisa menguntungkan TPB. TPB bolehlah juga mengadakan malam malam Amal atau Konsert seperti Konsert Musikal Dang - Dut yang pastinya kan mendapat sambutan hebat di bawean sambil mengutip derma.
Bagi malam amal dan konsert, meja meja Tetamu Khas hendaklah di jual kepada tetamu tetamu kehormat dan disajikan dengan makan minum sambil berhibur dengan konsert atau pertunjukkan dan lain lain hadirin hadirat bolehlah dikutip derma daripada mereka.
Yang penting targetnya berhibur sambil menderma. Ahli dan wakil TPB juga bisa memainkan muzik di jalanan sambil mengutip derma untuk TPB. Jangan malu malu demi untuk kebaikan bersama.Kalau di Jawa kan sudah biasa diadakan muzik jalanan sambil mengutip derma.
Mula mula muzik jalanan lalu kalau sudah terkenal bisa masuk ke TV dan buat konsert sendiri ya. Kutipan Derma TPB di Luar Negeri Satu surat rasmi daripada TPB hendaklah di hantar kepada semua warga dan keturunan bawean di luar negeri supaya bersama sama dapat menyumbangkan sedikit wang tetapi kalau boleh setiap bulan untuk TPB.Bersama sama surat rasmi TPB mestilah di sertakan info lengkap mengenai VISI, MISI, OBJEKTIF DAN HALA TUJU TPB supaya mereka benar benar percaya, faham dan tanpa banyak soal akan menderma.
Selalunya warga dan keturunan bawean di luar negeri akan bertanyakan samada wang derma mereka akan bener bener sampai di tangan orang yang memerlukannya.
Mereka takut wang derma itu disalahgunakan.
Setiap ahli PMB -BSF & Ahli Lembaga Jawatan Kuasa TPB dan Kepala Desa pastinya mengenali semua PENGAWAL (Tekong) yang sering berurusan keluar masuk ke Bawean, ke Malaysia dan Singapura.Kepada mereka inilah diberikan kepercayaan untuk membawa dan menyampaikan surat permohonan derma untuk TPB kepada semua warga bawean dan keturunannya di luar negeri.Perlu diterangkan kepada mereka bahawa biarlah derma itu sedikit tetapi kalau boleh diberikan setiap bulan.
Setiap PENGAWAL biasanya mereka mempunyai orang orang kepercayaan mereka di Malaysia dan di Singapura.Mereka akan menerangkan kepada orang orang kepercayaan mereka ini mengenai TPB dan orang orang kepercayaan PENGAWAL inilah yang akan menjadi Agen TPB secara sukarela.
Permulaannya kutipan ikhlas daripada orang perorangan warga dan keturunan bawean di Malaysia dan Singapura.Selepas itu di setiap rumah orang kepercayaan ini akan di letakkan tabung derma static TPB supaya warga dan keturunan bawean bisa menderma seadanya dan tabung derma static itu akan dikutip oleh PENGAWAL di setiap hujung bulan dan wangnya akan di bawa ke bawean untuk diserahkan kepada TPB.Contohnya untuk warga bawean dan keturunannnya yang tinggal di Jalan Klang Lama K.Lumpur asal TAMPO PENGAWALNYA adalah bernama SAIFUL dan tabung derma static ini akan diletakkan di rumah seorang yang telah banyak berjasa namanya SAUDARA PAK NIWAR.
Pak Saiful dan pak Niwar akan saya temui supaya mereka dapat mengutip dana untuk TPB untuk pertama kalinya, dan seterusnya mereka akan diberikan tabung derma static supaya warga dan keturunan bawean bisa menderma di tabung itu dan di setiap hujung bulan tabung itu akan di buka dan semua wangnya akan dipostkan ke Bank TPB oleh Pak Saiful.
Kemampuan mereka bekerja telah dibuktikan kerana sebelum ini setiap kali TAMPO memerlukan dana mereka berjaya mendapatkannya lebih daripada yang di sasarkan. Tabung tabung static ini bolehlah juga diletakakn di kedai kedai makan dan Toko toko kepunyaan warga dan keturunan bawean di Malaysia dan akan dikawal selia oleh PENGAWAL yang boleh dipercayai.
Setiap hujung bulan PENGAWAL akan membuka tabung static ini dan wangnya akan di hantar ke TPB di Bawean.Kalau di penempatan warga dan keturunan bawean di jalan klang lama tabung static TPB bisa diletakkan di kedai (warung) makan MBAK SHIMMA yang ramai pelanggannya adalah warga dan keturunan bawean.Nanti mbak shimma akan mempromosi tabung static TPB itu kepada semua customernya. Orang orang bawean di Malaysia sering megadakan Majlis Kenduri (sellamatan) Majlis Resepsi Perkahwinan dan lain lain Majlis yang mana ramai warga dan keturunan bawean akan hadir.
Nanti kita bisa di majlis itu juga kita letakkan tabung derma static TPB. Di situ juga kita bisa mencari wang derma untuk TPB.
Kita kena cari wakil yang akan membawa tabung derma static TPB untuk diedarkan kepada semua warga dan keturunan bawean yang hadir di majlis itu nanti supaya bisa menderma sedikit. Begitu juga di Singapura dan juga di Batam, seharusnya di cari PENGAWAL yang jujur dan sedia bekorban demi agama, bangsa dan bawean agar bisa menyumbang tenaga untuk menggerakkan tabung derma static untuk TPB. Seterusnya, setiausaha TPB bisa terus menulis surat beserta info mengenai TPB secara detail kepada badan badan korperat dan saudagar saudagar kaya dan juga VVIP di Malaysia supaya mereka juga dapat menyumbang dana kepada TPB.Salah satu hartawan yang dermawan di Malaysia yang dikenal pasti suka menderma ialah Yayasan Al-Bukhori.I
nsya allah mereka akan turut menderma untuk TPB.
Akhirnya setelah TPB, mempunyai DANA yang sangat banyak dan bisa MANDIRI setelah mempunyai bermacam macam perniagaannya atau perusahaannya sendiri...Ya di masa itu ngak usah lagie kutip derma pakei tabung derma static…sebaliknya cuma megharapkan keuntungan daripada penghasilan perusahaan dan perniagaan TPB sendiri, disamping derma ikhlas daripada Badan badan koperat di Indonesia dan sumbangan tetap perbulan daripada pemerintah Gresik dan warga di dalam dan di luar bawean sahaja. Yang Di Hormati bos gerbang........! Apa komentar anda mengenai TPB (Tabung Pendidikan Bawean) Bagaimana mahu merealisasikannya ???!!!_________________Salam hormat penuh mesra daripada PaMaN_MaN untuk semuanya...!!! kalo ada apa2 sent email ka paman@bawean.info ato manjangkang@hotmail.com
No comments:
Post a Comment