Thursday, 7 February 2008

BAWEAN KE HADAPAN

Media bawean, 7 Februari 2008

Oleh Paman Malaysia

YDH bos gerbang....!!!
Pulau Bawean mengikut sumber terkini yang saya perolehi adalah dihuni oleh kira kira seramai 86 ribu jiwa. Sementara mengikut sumber yang boleh dipercayai jumlah orang Bawean di Malaysia adalah seramai kira kira diantara 120 - 150 ribu jiwa. Di Singapura jumlah orang Bawean adalah di sekitar 80 ribu – 100 ribu jiwa. Lain lain negara ada dicatatkan jumlah orang orang bawean yang berada di sana melebihi seribu jiwa. Kesemua orang orang Bawean yang berada di luar negeri mengikut kajian adalah orang orang bawean yang sukses penghidupannya.
Di Pulau Bawean, bidang perniagaan adalah dimonopoli (dikuasai) sepenuhnya oleh sebahagian daripada orang orang bawean sejak dari dahulu lagi terutamanya perniagaan utama seperti import dan eksport yang diwarisi daripada keluarga secara turun menurun. Peniaga besar di Sangkapura, inilah yang menopoli bidang bidang perniagaan utama di Pulau Bawean seperti perniagaan bensin, minyak gas (minyak tanah), minyak kelapa, gas dan lain lain barang barang runcit. Begitu juga dengan perniagaan “hard ware”, barangan listrik, pakaian, barang barang perhiasan, pinggan mangkuk dan lain lainnya. Peniaga besar menopoli perniagaan utama dan peniaga runcit mendapatkan bekalan perniagan mereka daripada peniaga besar ini. Maka ini bermakna semua hasil keuntungan daripada penghasilan perniagaan sehari hari ini cuma dimonopoli dan hasil keuntungannya cuma dinikmati oleh segelintir sahaja orang orang Bawean. Maknanya tidak semua orang orang Bawean menikmati hasil daripada keuntungan besar perniagaan di bawean.Jadi bagaimana supaya hasil keuntungan yang besar daripada sumber perniagaan ini bisa dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat Bawean dan bisa dijadikan modal untuk membangunkan Bawean.
Setiap bulan bermiliar miliar mata wang rupiah daripada TKI Bawean daripada luar negeri masuk ke pulau Bawean. Sebuah bank utama di Sangkapura merekodkan kemasukan wang tidak kurang diantara 5 – 8 milliar rupiah setiap bulan.Kemasukan wang rupiah ke Bawean akan meningkat apabila menjelang lebaran dan musim menanam padi.Jumlah kemasukan wang rupiah ini tidak termasuk sejumlah besar wang rupiah yang di bawa masuk ke Bawean melaluli khidmat pengawal (tekong).Rekod menyatakan tidak kurang ada diantara 100 – 150 orang pengawal di Bawean.
Rata rata mereka membawa masuk wang tidak kurang sehingga 30 - 50 juta rupiah setiap pengawal ke bawean setiap bulan. Ini belum lagi wang yang di bawa masuk ke Bawean secara sendiri sendiri termasuk TKI Bawean di Indonesia. Begitu juga ramai pengusaha dan peniaga juga membawa masuk wang ke bawean. Dianggarkan kadar kemasukan wang ke Bawean kursnya bisa mencapai tidak kurang 30 miliar rupiah setiap bulan.Ini belum lagi sejumlah wang rupiah yang sedia ada yang dimiliki oleh para peniaga dan disimpan oleh warga Bawean sendiri. Ramai orang orang bawean yang lebih suka menyimpan wang di rumah daripada di Bank.
Kebanyakan pekerja buruh (tenaga kerja buruh) di Bawean adalah orang yang datang dari luar bawean. Coba perhatikan orang yang bekerja sebagai penarik keledek di pelabuhan sangkapura dan para pekerja buruh di pelabuhan dan di pekan Sangkapura, rata ratanya tenaga kerja ini datang dari pulau jawa. Begitu juga peniaga peniaga kecil seperti penjaja juga datang dari luar bawean. Malahan tukang jual bakso, sate dan tukang gigi dan pengusaha besi buruk juga datang dari luar bawean. Pekerja pekerja buruh yang bekerja di toko toko besar di sangkapura juga kebanyakannnya berasal dari Pulau Jawa.Kenapa mereka datang ke Bawean mencari kerja sedangkan di jawa lagi seneng mahu mencari pekerjaan.Ini kerana mereka melihat di Bawean itu punya punca untuk mencari rezeki yang besar. Bawean itu di lihat bisa memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka. Bawean adalah “lombong emas” bagi tenaga kerja buruh yang dilihat oleh orang orang jawa.
Untuk membangunkan Bawean, maka warga Bawean yang prihatin seharusnya menubuhkan sebuah Syarikat Niaga (company) (P.T. Niaga) khusus untuk warga Bawean yang mungkin nanti dikenali sebagai “P.T. Permodalan Nasional Bawean” yang akan mejalankan perniagaan utama di bawean. Penubuhan Syarikat P.T. permodalan nasional bawean ini semestinya mendapat kerjasama daripada segenap lapisan masyarakat di bawean. Syarikat ini memerlukan modal dana daripada warga bawean itu sendiri. Saya seneng sekali kalo anda mahasiswa sebaik nanti usai wisuda bisa menubuhkan Syarikat ini. Sebelum penubuhannya hendaklah terlebih dahulu memberi seisi penerangan kepada segenap lapisan masyarakat bawean melalui “road show” ke seluruh pelosok Bawean, tentang kebaikan untuk menyertai syarikat niaga ini dan ke arah mana tujuannya. DiKatakan syarikat ini adalah milik mereka sendiri secara bersama. Pelaburan warga Bawean di Syarikat ini dinamakan modal. Setiap warga yang melabur dana di syarikat ini akan di berikan satu geran (policy) saham mereka.Contohnya nanti mungkin syarikat ini hendak memulakan perniagaan mereka dengan dana permulaannya sebanyak Rp.10 Miliar. Maka syarikat bolehlah meminta warga bawean melabur wang mereka dengan membeli saham saham dengan nilai (1) saham mungkin dengan harga Rp 1,000.Setiap warga seharusnya membeli saham pelaburan di syarikat ini, kalo bisa tidak kurang 1000 saham dengan nilai sebanyak Rp. 1 juta.Mereka yang mahu membeli saham dengan lebih banyak juga dibolehkan tetapi mungkin tidak melebihi 1 lot saham syarikat.1 lot saham syarikat adalah sebanyak 10,000 saham bernilai Rp. 10 juta. Setiap warga Bawean hanya dibolehkan membeli tidak lebih 1 Lot saham supaya warga bawean yang lain boleh bersama sama melabur di syarikat ini.Kalau boleh nanti syarikat ini ditubuhkan secara bersama dan CEO dan pegawai2 nya dipilih secara demokrasi di kalangan mungkin pengusaha pengusaha dan peniaga yang telah berjaya dan yang banyak pengalaman dalam bidang perniagaan dan dikalangan mahasiswa jurusan perniagaan.
Syarikat P.T. Niaga permodalan nasional bawean adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh semua orang orang bawean sendiri. Sebagai permulaan syarikat ini bolehlah membuka pejabatnya di sangkapura. Sebagai permulaan, gedung besar yang pertama juga harus di buka di sangkapura kerana berdekatan dengan pelabuhan. Apabila perniagaan berkembang, cawangan cawangan syarikat seperti Toko akan di buka, mungkin nanti di setiap desa. Syarikat ini akan menjalankan perniagaan seperti sebuah koperasi bersama. Syarikat permodalan nasional bawean semestinya bekerjasama dengan pihak berwewenang di Bawean dan Gresik dan bekerjasama dengan syarikat P.T. Pertamina, supaya semua apa pun bentuk perniagaan di Bawean semestinya melalui syarikat ini sebagai pengantara. Semua pengusaha lain di Bawean kalo hendak berniaga hendaklah berurusan dengan syarikat ini nanti. Dengan lebih tepat semua barang barang perniagaan yang masuk ke Bawean adalah diimport sendiri oleh syarikat ini dan syarikat ini akan membekalkan pula barang barang perniagaan kepada pengusaha peribadi di bawean. Syarikat juga akan menjual barang barang keperluan hidup secara langsung kepada warga bawean melalui toko tokonya sendiri. Dengan tertubuhnya syarikat permodalan nasional bawean yang menguasai semua bidang perniagaan di Bawean maka harga barang barang di bawean akan dapat di kawal keseluruhannya. Hasil keuntungan syarikat nanti bisa dinikmati oleh setiap warga Bawean sendiri bergantung kepada berapa besar pelaburan mereka di syarikat melalui jumlah pemilikan saham yang telah di beli. Nanti kan nikmat keuntungan perniagaan di bawean bisa dirasai oleh semua warganya secara adil. Saya rasa ramai warga Bawean di dalam dan luar negeri mahu melabur dengan membeli saham di syarikat ini nanti. Saya juga mahu nanti syarikat ini juga mengambil alih perniagaan transport laut (kapal penumpang dan kapal barang) untuk ke bawean yang menjanjikan keuntungan besar.
Setelah syarikat ini nanti mencapai kemajuan dan telah mempunyai modal yang begitu besar maka sebahagian daripada hasil keuntunganya bisa dilaburkan untuk membangunkan bawean. Hasil keuntungan ini juga nanti bisa dijadikan modal supaya syarikat permodalan nasioanal bawean bisa pula membangun bidang pelancungan di Bawean dan menubuhkan BIC ( bawean information centre). Bidang perniagaan perlancongan di Bawean juga pasti akan menguntungkan syarikat dengan mengaturkan strategi perniagaan yang berwawasan, sistematik dan terancang dengan menggunakan teknologi Internet dalam memperkenalkan dan memasarkan produk perlancongan.
Syarikat juga bila sudah mempunyai keuntungan yang besar bisa mengambilalih bidang infrustruktur utama di Bawean seperti Listrik, Internet, Air, dan pembangunan jalan dan prasarana lainnya. Bidang ini hendaklah dijalankan sendiri oleh syarikat ini agar semua keuntungan dapat dinikmati semula kepada warganya melalui pemilikan saham mereka. Pembaikan jalan jalan hendaklah di buat sendiri oleh syarikat yang perlu mendapatkan dahulu konsensi daripada pihak berwenang di bawean maupun di Gresik.
Nanti apabila jalan jalan sudah diperbaiki makanya TOL akan dikenakan. Tarif Tol nantinya mestilah yang tidak menyusahkan warga bawean, sebaliknya cukup untuk menjaga dan membaiki kerosakan jalan itu sendiri. Begitu juga denganListrik, Internet dan Air mestilah diambil alih oleh syarikat dengan mengenakan Tarif yang agak berpatutan kepada warga bawean. Syarikat juga bisa menjalankan perniagaan seperti ternakan daging ayam dan ayam telor dan ikan termasuk ternakan ikan eksotik (ikan hiasan) untuk tujuan eksport. Sekarang Bawean bergantung kepada sumber daging ayam dan telur ayam dari pulau jawa. Pokoknya kalau sudah tertubuh syarikat ini bermacam macam bidang perniagaan bisa diusahakan oleh pihak syarikat yang menjanjikan keuntungan yang sangat besar dan dan banyak memberikan peluang pekerjaan baru kepada warga bawean itu sendiri.
Syarikat permodalan nasioanal Bawean bolehlah mendapatkan kebenaran daripada pihak berwenang di bawean dan sangkapura supaya dapat menjemput ahli geologi kaji bumi supaya datang ke bawean membuat kajian geologi bumi bagi mengenal pasti sumber galian yang ada di dalam bumi bawean. Biasanya ahli geologi dapat menemukan logam yang ada di bumi Bawean dan air galian yang nyumber khusus dari dalam bumi Bawean. Air galian yang nyumber dari bumi bawean ini adalah berkhasiat sangat tinggi yang bisa di eksport ke luar bawean di Indonesia khususnya dan di juga di luar negeri. Pasukan ahli geologi bumi juga dapat memastikan (melalui kajian mereka) samada di dalam bumi bawean dan di dasar lautannya mempunyai hasil seperti minyak dan gas, bahan logam seperti emas dan bijih timah, batu permata, berlian dan sebagainya. Sekiranya bumi bawean punya hasilnya maka syarikat bolehlah memperoleh izin daripada pihak berwewenang di Bawean dan Gresik untuk mencari gali hasil daripada bumi bawean untuk tujuan niaga yang pastinya menjanjikan keuntungan yang sangat besar. Setahu saya di pedelemen sudah ada gunung yang namanya gunung emas tetapi tidak diketahui samada ada atau tidak galian emas di sana.tapi yang penting ya namanya gunung emas.
Di Malaysia sudah ditemukan emas di tempat yang dulunya tidak pernah terfikir oleh masyarakat setempat di situ ada emas, contohnya di tempat yang bernama Lubuk Mandi di negeri Terengganu dan di tempat bernama pantai mersing di negeri Johor yang baru ditemukan emas di sana. Rezeki yang datang daripada Allah s.w.t itu kini dinikmati hasilnya dengan sangat lumayan oleh masyarakat setempat. Mana kita tahu kalo Bawean juga masih punya emas atau permata yang masih terpendam, mudah mudahan dengan datangnya pakar kaji bumi (ahli geologi) rahsia isi bumi bawean akan terbongkar. Lihat web situs nih…penemuan emas di pantai Mersing Johor (kesemua tempat ini tidak pernah sama sekali diketahui punya galian emas) :- http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=1796&Itemid=515 http://www.hmetro.com.my/Sunday/Setempat/20071202132623
Akhirnya nanti bawean bisa maju ke hadapan dengan jayanya……..kekayaan bawean akhirnya akan dinikmati sendiri oleh semua warganya secara adil dan saksama…iya iyalah….!!! kalo mahukan pembangunan ianya bermula dengan kemusnahan……tetapi kemusnahan itu diganti dengan pembangunan yang menguntungkan semua warganya…mahu membangun kilang industri mungkin terpaksa menebang pokok…..tapi diganti dengan kilang industri dan punya landskap pokok gantian….mahu mencari hasil bumi ya kena menggali bumi….tapi setelah itu bumi diperbaiki semula…diratakan untuk pembangunan…..!!!!
Pembangunan perlukan pengorbanan…….!!!
Kalau mahu membangunkan bawean, tanamkan dulu di hati kita wawasan…wawasan bawean menjadi negeri maju menjelang tahun 3037 gitu……!!!
Bawean boleh….
Bawean pasti boleh…!!!
di masa itu nanti Bawean sudan bisa menganjurkan pertunjukkan antarabangsa yang dinamakan BIMA 3037….
Perlumbaan basikal international yang akan dinamakan Le Tour de Bawean 3037….dan sebagainya….!!!
Ngak percaya……..!!!
Dullu apabila DR. Mahathir mahu membangunkan Bandara Putra Jaya….Mobil Nasional Proton Saga…..Pusat Sukan Negara Bukit Jalil, KLCC dan sebagainya semua rakyat Malaysia tertawa.Ramai warga M’sia meragui kebolehannya.Ada yang berkata “jarum sebatang pun beli dari china, masak mahu buat mobil….???…..Tapi sekarang semua pembangunan itu menjadi nyata dan menjadi kebanggaan negara dan seluruh warga M’sia….Jangan peduli kepada mereka yang berkata begitu…..pedulikan mereka……..!!!
Sambutlah cabaran untuk memajukan Bawean….!!!
Berikanlah Bawean satu wawasan…wawasan Bawean 3037…Bawean maju 3037….!!! Singa...., dullu pun tidak punya apa apa….bahan mentah pun ngak punya….tapi mereka mengimport bahan mentah dari negara jiran dan mengolahnya menjadi satu produk mereka sendiri dan kemudiannya mengeksport kembali produk itu ke Eropah dan menikmati keuntungan besar yang berlipat ganda.
Pulau Singa...., mencapai negeri maju dalam masa 30 tahun, apa bawean juga boleh.....???
Akhir sekali…kejayaan bawean di masa hadapan adalah ditentukan oleh anda sendiri.Anda adalah mahasiswa mahasiswa yang pintar dan terpelajar “educated” mempunyai IQ yang tinggi dan mempunyai masa mendatang yang cukup untuk membangunkan Bawean. Akhirnya anda semua lah yang bakal menentukan kejayaan Bawean di masa akan mendatang……!!! Tepuk dada tanya selera….!!!!
Biarlah nanti kalau Bawean menjadi negeri maju....maju dengan mendukung sekali keimanannya dan ketakwaannya terhadap Allah s.w.t dan tidak luntur budi pekertinya...!!!
To be continue ayuh bos...
jangan lopa di komentar.....
komentarnya biar yang membina.....ya....!!!
_________________________________________
Salam hormat penuh mesra daripada PaMaN_MaN untuk semuanya...!!! kalo ada apa2 sent email ka paman@bawean.info ato manjangkang@hotmail.com.

No comments:

Post a Comment