
Dikawasan Dun Sungai Rapat Ipoh, di persimpangan masuk ke Sungai Rokam merupakan tempat perang spanduk antara PAS dan Umno.
Pihak Umno terasa tersaingi apabila PAS menaikan spanduk yang dibuat oleh bekas penyokong Umno/BN. Tulisan pada spanduk itu berbunyi : Sudah tiba masanya Kini Kita Berubah, UNDILAH PAS Sumbangan Ikhlas dari Kami Bekas Penyokong Umno / BN.Kemarin malam, Umno Bawean Sungai Rokam secara melampaui telah menaikan satu spanduk yang mencoba mempengatuhi masyarakat Bawean Malaysia secara bersama katanya mendukung Umno/Pak Lah.
Bnyak kalangan pandai dan professional Bawean disekitar Ipoh merasa kesal dengan spanduk tandingan tersebut, merasa malu dan terhina kerana dilibatkan dengan partai yang terkenal dengan keterlibatan 'korupsi dan menyalahgunakan uang rakyat.
"Sidney, tidak layak membawa nama warga Bawean dan mengatasnamakan Bawean. Bila masa saya memberi perakuan menyokong Umno?," kata Asmuni Awi, seorang pengamal undang-undang ternama di Bandar Ipoh. Beliau berpesan kepada pemimpin Umno Bawean yang bernama Sidney.
Asmuni adalah Naib Pesuruhjaya PAS Negeri Perak merangkap Pengarah Pilihanraya PAS N.Perak.
"Saya sendiri bukan menyokong Umno dan ada ramai orang Bawean yang menjadi ahli PAS , terutamanya golongan yang professional dan terpelajar," terangnya lagi.
"Antara golongan orang Bawean yang profesional , menyokong dan menjadi ahli PAS ialah adik saya sendiri, Dr Abdullah ; selain itu Dr Zakariya ,Dr Saleh juga Professor Yahya Maksom dan ada beberapa orang guru dan ada diantaranya menjadi Ketua Cawangan seperti PAS Cawangan Sungai Rokam - diketuai oleh orang Bawean. Terbukti pernyataan Sidney tidak sesuai kenytaan yang ada."
Perlu dipahami, bahwa orang Bawean telah diperalat oleh beberapa pimpinan Umno Bawean setempat dengan mengatakan bahwa Abdullah Badawi itu adalah orang Bawean. Mereka merasa bangga kerana Pak Lah menjadi penasehat Persatuan Bawean Malaysia; sedangkan tidak ada sedikitpun sumbangsih yang diberikan oleh Abdullah kepada masyarakat Bawean, terutama yang berada di Ipoh ini.
PAS Sungai Rokam akan melawannya dengan spanduk juga yang sudah dibuat!
No comments:
Post a Comment